Penyediaan Cookies Nutella Pod & Soft Cookies - Few Flavour (Mahir Masak)
7 Februari 2026 | Aktiviti TerkiniPada 6 Februari 2026, Staf NADI telah menyediakan tempat webinar dibawah kelas mahir masak iaitu kelas masakan bertajuk Penyediaan Cookies Nutella Pod & Soft Cookies - Few Flavour dan sedikit pengenalan bahan pizza untuk kelas seterusnya (Mahir Masak). Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi penerangan tentang bahan – bahan masakan yang diperlukan dan cara memasak yang betul untuk mendapatkan tekstur masakan yang sempurna.
Selain itu, kelas masakan ini juga membantu komuniti terutamanya kepada yang ingin menjadi usahawan dalam bidang makanan untuk berkongsi resepi masakan secara percuma di atas talian dengan syarat menjadi ahli NADI secara percuma. Kelas ini juga membantu golongan yang tidak berkemampuan menyertai kelas berbayar kerana kelas masakan yang diadakan di luar adalah mahal.
Kesimpulanya, dengan adanya program seperti ini ia mampu memberikan pengetahuan kepada staf tentang NADI dan fungsi NADI. Antara lain, staf juga dapat meningkatkan lagi pengetahuan mereka mengenai apa jua bidang yang mereka minati. Melalui program ini juga, Staf NADI dapat membina hubungan baik dengan pihak organisasi luar dan komuniti setempat.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: